Surau An Nur Hospital Bukit Mertajam

Surau An-Nur Hospital Bukit Mertajam telah dibina bersama pembinaan Hospital Bukit Mertajam sekitar tahun 1890. Surau yang dibina menggabungkan binaan simen dan kayu masih tersergam kukuh di tengah-tengah Hospital Bukit Mertajam walaupun keadaannya semakin uzur.

Surau An-Nur Hospital Bukit Mertajam menjadi tempat beribadah utama untuk Kakitangan Hospital Bukit Mertajam, pesakit dan waris pesakit yang datang ke sini. Pihak Surau An-Nur juga sentiasa menganjurkan program dan aktiviti keagamaan dan hal ehwal Islam untuk Warga Hospital Bukit Mertajam dan juga memberi sumbangan kepada pesakit yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Pihak Pengurusan Hospital Bukit Mertajam dan juga pihak Jawatankuasa Surau An-Nur dalam perancangan untuk membina sebuah surau yang lebih selesa untuk kegunaan orang ramai pada masa akan datang dengan sumbangan pembinaan daripada orang ramai.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

1. Ust Kamal : 013-4554189
2. Setiausaha : 017-4966889
3. Bendahari : 013-4873311

No. Pendaftaran Surau:
JAIPP/PMS/30/05/SJ-4

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by